Monday, 5 December 2011

Lapangan Terbang Yang Pelik Di Portugal


 
Madeira International Airport terletak di Funchal,Madeira di Portugal. Ianya dibuka pada tahun 1964 dengan 2 landasan yang berukuran sepanjang 1,600 meter (5248 kaki). Landasan mendarat yang pendek ini kadang-kadang agak merumitkan walaupun untuk juruterbang yang berpengalaman. Bukan hanya faktor panjang landasan sahaja, malah persekitaran yang berbukit dan lokasi yang dekat dengan laut menyukarkan lagi prosedur pendaratan kapal terbang yang mendarat di lapangan terbang ini.

Pada tahun 1977, sebuah kapal terbang Boeing 727 dari Brussel pernah mengalami kemalangan disini dan telah mengorbankan 131 nyawa. Kejadian ini berlaku kerana jarak landasan yang agak pendek. Sejak kejadian itu, pihak berkuasa mula memikirkan cara bagaimana untuk memanjangkan lagi jarak landasan kapal terbang tersebut.

8 tahun selepas kejadian, landasan lapangan kapal terbang tersebut dipanjangkan sebanyak 200 meter dan dibina atas lautan.  Pada tahun 2000, landasan lapangan kapal terbang tersebut dipanjangkan lagi. Tetapi ianya tidak lagi dibina diatas tapak perlupusan. Sebaliknya, ianya dibina diatas 180 tiang konkrit, setiap satu mempunyai ketinggian sebanyak 70 meter.


Lapangan Terbang ini juga pernah menang dalam anugerah "Outstanding Structures Award" pada tahun 2004 yang dianugerahkan oleh International Association for Bridge and Structural Engineering (IABSE).

1 comment:

  1. nantisaya cipta lapangan kapal terbang d atas air... amacam ok ka....???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...