Saturday, 31 December 2011

Lelaki Dipenjara 10 Tahun Kerana Menghina Raja Di Thailand

Seorang rakyat Thailand dihukum 10 tahun penjara kerana didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana menghina Raja Bhumibol Adulyadej dan keluarganya.

Rakyat Thailand itu, Suwicha Thakho berumur 34 tahun dan bekas pekerja pelantar minyak ditahan pada Januari lalu dan mengaku membuat pindaan pada gambar-gambar Raja Bhumibol dan anggota-anggota keluarganya.

Keputusan hukuman itu dibacakan di Mahkamah Jenayah Bangkok.

Pihak mahkamah mendapati Suwicha bersalah kerana melanggar undang-undang lese majeste yang melarang raja dan keluarganya dihina.

Suwicha turut didapati bersalah melanggar Akta Jenayah Komputer 2007 yang melarang penyebaran bahan yang menjejaskan keselamatan negara atau yang boleh mencetuskan panik di kalangan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan Thai pernah menyekat beberapa laman web di Internet yang didakwa mengaibkan sistem diraja negara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...