Monday, 19 December 2011

Lelaki Ini Ketagih Makan Kala Jengking Hidup-Hidup

 
Seorang lelaki Cina telah menjadi ketagih untuk memakan kala jengking hidup-hidup.Menurutnya lagi sekurang-kurangnya 10,000 kala jengking telah dimakannya sejak 30 tahun yang lalu.

Li Liuqun, 58, berkata beliau mula menjadi ketagih memakan kala jengking hidup-hidup apabila pada suatu hari semasa beliau sedang berjalan-jalan dikawasan gunung yang berdekatan dengan rumahnya di wilayah Hunan, tengah China.Pada hari tersebut tiba-tiba beliau telah disengat oleh seekor kala jengking yang besar.

"Saya begitu marah dan saya terus menangkap kala jengking tersebut dan memakan sedikit kepalanya.Apabila dimakan rasanya manis dan pedas,semenjak dari itu saya tidak pernah menoleh ke belakang lagi dan terus memburu kala jengking untuk dimakan hidup-hidup. Bagi saya kala jengking amat lazat sama seperti kacang goreng, "jelas beliau.

Sekarang ini Li akan makan sekurang-kurangnya 20 atau 30 binatang-binatang yang hidup dalam satu-satu masa dan seolah-olah beliau menjadi kebal kepada bisa kala jengking,seperti yang kita ketahui bisa kala jengking boleh melumpuhkan dan membunuh manusia dalam dos yang cukup besar.

"Saya masih sering disengat kala jengking tetapi bisa mereka tidak mempunyai kesan ke atas saya," katanya.

Pengamal Perubatan berkata Li mungkin telah menjadi ketagih kepada racun, yang digunakan dalam dos yang kecil dalam perubatan Cina tradisional untuk melegakan kesakitan penyakit sendi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...