Saturday, 31 December 2011

Operasi Besar-Besaran Selamatkan Lembu Di Britain

Sekawan lembu yang terperangkap di sebuah kawasan berlumpur di sini menyebabkan satu pasukan penyelamat yang pada kebiasaannya mengendalikan kes kemalangan besar dikerah ke tempat kejadian, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak lima bahagian jabatan bomba yang mengandungi 25 anggota dan dua hovercraft bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan tujuh ekor lembu di muara Sungai Parrett, Britain pada Jumaat lalu.

Tali dan traktor turut digunakan selama beberapa jam untuk menarik keluar haiwan itu yang terperangkap dalam lumpur selepas air sungai surut.

Pengarah Operasi Penyelamat Menggunakan Bot (BARB), Steve Perks berkata: "Anggota-anggota bomba dan pasukan sukarelawan kami bekerjasama rapat pada waktu tengah hari untuk menyelamatkan lembu yang terperangkap."

Haiwan itu dipercayai memasuki sungai itu dari kawasan berhampiran, katanya.

Dia menyatakan pasukan penyelamat berasa gembira kerana berjaya membantu menyelamatkan haiwan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...