Saturday, 31 December 2011

Pelanduk 2 Serupa Selepas Pembedahan Kosmetik

Seorang ibu berusia setengah abad di sini memiliki rupa paras seperti anak perempuannya yang berumur 28 tahun selepas membelanjakan £10,000 (RM52,833) untuk menjalani pembedahan kosmetik, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Janet Cunliffe taksub untuk kelihatan muda seperti anaknya, Jane dan menjalani siri pembedahan kosmetik di Croatia pada September lalu.

"Mungkin tindakan saya menjengkelkan, tetapi anak perempuan saya begitu cantik seperti saya pada waktu muda dahulu.

"Sesiapa sahaja pasti berkeinginan memiliki rupa paras sepertinya," kata wanita itu.

Beberapa tahun lalu, Janet tak ubah seperti nenek kepada anak perempuannya dengan wajah yang berkedut, susuk tubuh gemuk dan kulit kendur.

Namun, kini orang ramai sukar membezakan mereka selepas Janet menjalani pembedahan wajah dan pembesaran buah dada selain mengamalkan diet selama empat bulan.

Tambahnya, usaha untuk kelihatan cantik bermula dengan berhenti memakan makanan ringan.

"Sebelum ini saya makan kentang dan pasta tetapi kini saya makan ayam panggang dan sayuran hijau," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...