Tuesday, 13 December 2011

Pemandu Cekap Letak Kereta Di Ruang Sempit

SIRI urutan gambar di New York menunjukkan seorang pemandu meletak kereta sedan di ruang yang cuma boleh memuatkan sebuah kereta kompak. - YouTube
SIRI urutan gambar di New York menunjukkan seorang pemandu meletak
kereta sedan di ruang yang cuma boleh memuatkan sebuah kereta kompak. - YouTube



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.

Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.

Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.

Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parkir berkenaan di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...