Tuesday, 13 December 2011

Penemuan Spesis Baru Setiap 2 Hari Di Mekong

CICAK spesies cnemaspis psychedelica yang ditemui di rantau Mekong, Thailand.
CICAK spesies cnemaspis psychedelica
yang ditemui di rantau Mekong, Thailand.
BANGKOK - Sekumpulan saintis berjaya mengenal pasti spesies-spesies baharu setiap dua hari di rantau Mekong, jelas Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam satu laporan yang memperincikan penemuan-penemuan luar biasa tahun 2010.

Antara penemuan itu ialah burung siul daun dan monyet yang ditemui di negeri Kachin, Myanmar. Terdapat juga satu spesies cicak betina yang mampu mengklon dirinya sendiri tanpa memerlukan cicak jantan. Ia ditemui secara tidak sengaja oleh seorang saintis ketika melihat menu makanan di sebuah restoran Vietnam.

Namun begitu, WWF memberi amaran bahawa sejumlah spesies boleh pupus sebelum ia sempat direkodkan.

Lebih 200 spesies baharu direkod tahun lalu di rantau Mekong yang meliputi Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah barat daya China, Yunnan.

Jurucakap WWF bagi rantau Mekong yang berpangkalan di Hanoi, Sarah Bladen berkata, di sebalik jumlah spesies baharu yang ditemui, rantau itu turut berdepan 'krisis kepupusan'.

"Negara-negara terbabit perlu melihat biodiversiti sebagai sesuatu yang perlu dihargai. Jika tidak, kita berisiko kehilangan spesies-spesies liar dan habitat pada kadar yang luar biasa," jelas Bladen.

Senarai tersebut didominasi oleh tumbuh-tumbuhan, 28 jenis reptilia dan tujuh spesies amfibia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...