Tuesday, 13 December 2011

Perkahwinan Unik Wanita Islam Bulgaria

MEHMED AIUMANKOV bergambar bersama isterinya, Fetma Kuchikova di hadapan rumah mereka sewaktu majlis perkahwinan di kampung Ribnovo, Bulgaria.
MEHMED AIUMANKOV bergambar bersama isterinya, Fetma Kuchikova

di hadapan rumah mereka sewaktu majlis perkahwinan di kampung Ribnovo, Bulgaria.

SOFIA, Bulgaria - Seorang pengantin perempuan, Fatme Kichukova membiarkan wajahnya disolek dengan kapur tebal berwarna putih dan dihiasi labuci berwarna-warni.

Upacara itu hanya boleh dilihat oleh saudara-saudara perempuannya, sebelum Kichukova disatukan dengan suaminya, Mehmed Aiumankov.

Kichukova berkahwin di kampungnya, Ribnovo di kawasan pergunungan Rhodope, 210 kilometer selatan Sofia.

Penduduk kampung tersebut masih mengekalkan adat perkahwinan tradisional pada musim sejuk itu di sebalik fahaman komunis selama berdekad-dekad dan kemiskinan yang membuatkan ramai lelaki berhijrah ke luar negara untuk bekerja.

Ritual perkahwinan tersebut diteruskan dalam kalangan orang Pomak yang menganut Islam sewaktu zaman pemerintahan Uthmaniah. Penganut Islam mewakili 10 peratus daripada keseluruhan 7.4 juta rakyat Bulgaria.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...