Tuesday, 13 December 2011

Pesawat Jadi Pentas Peragaan

BEBERAPA model jenama pakaian dalam Colombia, Ronied turun dari sebuah pesawat penerbangan BoA Jumaat lalu.
BEBERAPA model jenama pakaian dalam Colombia, Ronied
turun dari sebuah pesawat penerbangan BoA Jumaat lalu.
LA PAZ, Bolivia - Para penumpang yang menaiki sebuah penerbangan Bolivia tidak menyangka pesawat mereka bertukar menjadi pentas peragaan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Mereka terkejut tetapi teruja melihat barisan model jelita memperaga pakaian dalam seksi semasa menaiki sebuah pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Bolivia (BoA) dari bandar raya ini menuju ke bandar Cochabamba, juga di Bolivia pada Jumaat lalu.

Tidak mahu detik manis itu dibiarkan berlalu, ramai penumpang mengabadikan aksi model-model itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Mereka diupah oleh pengeluar pakaian dalam, Ronied sebagai sebahagian kempen pengiklanan jenama berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...