Saturday, 31 December 2011

Remaja Wanita Malaysia 17 Tahun Berenang Merentasi Selat Inggeris



Perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 17, mula berenang merentasi Selat Inggeris dari Dover ke Calais pada pukul 6.07 am (1.07pm waktu Malaysia) hari ini.

Keberanian Zahra menyeberangi pantai Shakespeare di saat fajar menyinsing akan memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama menakluk selat tersebut.

Pemerhati daripada Channel Swimming & Piloting Federation (CS&PF) hadir untuk menyaksikan Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi selat Inggeris ke Calais di Perancis.

Sekumpulan rakyat Malaysia yang hadir memberi sorokan dalam sebuah bot yang mengiringi perjalanan Zahra.

Zahra meletak sasaran masa 14 jam untuk menamatkan misi berkenaan

Ayah Zahra, Abdul Halim Manaf, jurulatih Arof Amar dan Pengerusi Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) Muqharabbin Mokhtarudin turut serta dalam bot yang mengiringi Zahra.

Ekoran perubahan cuaca dan tiupan angin kencang, Zahra dijangka menghabiskan renangannya lewat sehari.

"Kita telah bertolak awal sebelum air pasang," kata jurupandu, Paul Formeman yang membawa Zahra dari pelabuhan ke pantai tempat dia berlepas pagi tadi.

Dalam perbualan telefon beberapa jam sebelum berenang, Zahra berharap rakyat Malaysia akan mendoakan dia berjaya merentasi Selat Inggeris tersebut.

"Saya sangat teruja dan gementar tapi saya yakin mampu melakukannya," katanya merujuk kepada perenang Mexico yang pernah menarik diri selepas berenang selama 11 jam.

Tambah Zahra, dia telah cuba menyesuaikan diri berenang dengan suhu air yang sejuk antara 12-16 darjah celcius setelah menjalani latihan selama sebulan.

Ibu kepada Zahra, Haniza Mohamed berkata dia telah menasihatkan anaknya supaya tenang dan dia yakin anaknya mampu melakukannya.

Jika Zahra berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33.6 km, dia merupakan rakyat Malaysia ketiga melakukakannya selepas Datuk Abdul Malik Mydin dan Dr Lennard Lee pada tahun 2003 dan 2004 yang pernah berenang di selat yang sama sebelum ini.

Sebelum ini, Malik mencipta sejarah menjadi rakyat pertama negara ini berjaya berenang merentasi Selat Inggeris pada Ogos 2003. Sementara Lee berjaya mencatakan masa sembilan jam 45 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...