Wednesday, 7 December 2011

Santau


Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. 


Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. 

Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.

Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain? 

Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?

Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.

Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?

Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.

Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.

Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.

Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia.

Wallahu a’lam

Itu tulisan yang aku baca dari Datuk Dr Haron Din

Kenapa aku tulis pasal santau ek…entahlah, cuma ramai sangat yang dok bercakap pasal benda ni bila jumpa aku lately ni

Mungkin mereka mahu memberitahu aku secara ‘in-direct’ bahawa aku mungkin mangsa perbuatan itu

Takpelah, santau ke, bukan santau ker, aku serah semuanya pada Allah
Kerana aku percaya, tiada siapa, waima tok bomoh gred A pun, dapat menandingi kekuasaanNya jika ia tidak diizinkan

Ingat Kun Fa Ya Kun?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...