Tuesday, 6 December 2011

Sebab Kenapa Singapura Tiada Raja



Korang semua tau tak siapa Raja Singapura?Hahaha…mesti pelik kan dengar tentang Raja Singapura…Singapura kan negara republik,mana ada Raja….Diorang ada Presiden jer…Tapi sebenarnya,diorang pernah mempunyai seorang raja….Tapi tu dulu….”dulu mimiey…dulu pernah…” (bak kata dialog Linda Onn dalam filem Gila Bola)..haha…jadi korang nak tau kenapa Singapura tiada Raja?Begini cerita nya…..

Tersebutlah hikayat zaman purbakala,tatkala nama Singapura masih belum seperti hari ini,sebenarnya negara itu ada mempunyai seorang Raja yang bernama Sultan Shahmura Alam Buana.Adapun Sultan Shahmura Alam Buana ni seorang yang suka berhibur…pendek kata dalam zaman internet kita hari ni dia ni seorang yang playboy la…suka berjoli,suka perempuan…..dan yang paling teruk sekali,dia ni suka sangat berbohong….tak kisah la dengan sape sekalipun,membohong jer kerja nya…takde la kerja lain selain dari membohong jer…..Tapi,dia ni sangat lah pemurah dan suka membantu hamba rakyatnya.Sebab tu lah,walaupun perangainya teruk,tapi dia tetap disayangi dan dihormati oleh seluruh rakyatnya. 

Sesungguhnya perangai Sultan Shahmura Alam Buana ni telah diketahui lah oleh segenap hamba rakyat dan juga pembesar negara-negara jiran.Tapi mereka ni tak kisah sangat lah…..

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari yang tenang,datanglah utusan dari negara Beringin Tak Berapa Rendang menghantar jemputan ke majlis harijadi Sultan negara mereka…..Maka bergembiralah Sultan Shahnura Alam Buana ni sebab dia tau sangat yang Sultan negara Beringin Tak Berapa Rendang ni ada 3 orang puteri yang cantik jelita….Maka Sultan Shahmura Alam Buana pun setuju lah untuk ke majlis tu dan mulalah berangan-angan untuk mengurat puteri-puteri yang jelita tu….

Maka pada hari yang dijanjikan,datang lah Sultan Shahmura Alam Buana ni ke negara Beringin Tak Berapa Rendang….jemputan majlis tu selama 4 hari..Almaklumlah…birthday sultan….takkan la buat sehari jer kot~~~ Jadi pada hari yang pertama tu,sebelum majlis makan malam utama yang akan berlangsung pada malam terakhir berlangsung,Sultan Shahmura Alam Buana pun dah rancang nak mengurat puteri pertama sultan negara Beringin Tak Berapa Rendang ni…memandangkan puteri-puteri ni tak pernah jumpa dengan Sultan Shahmura Alam Buana,diorang ni tak kenal la macam mana rupanya raja yang playboy ni…Pada sebelah siangnya,Sultan Shahmura telah berjumpa dan berkenalan la dengan puteri pertama…Macam ni la lebih kurang ayat perkenalan diorang ni…

Sultan Shahmura: Wahh..tak sangka ye cantik sungguh Tuan Puteri negara Beringin Tak Berapa Rendang ni!

Puteri Pertama: Siapakah gerangan kamu wahai pacar yang hina?

Sultan Shahmura: Nama hamba Semut Hitam,hamba datang bersama utusan negara Seripura (ecehh..mula la berlakon plak si playboy ni..) Maka setelah itu pun,puteri ni pun berlalu pergi tanpa mempedulikan Sultan Shahmura………Tapi Sultan Shahmura Alam Buana yang pakar membohong ni meneruskan taktiknya dan pergi berjumpa lagi 2 orang puteri tu….dengan menggunakan taktik yang sama, dia memperkenalkan diri sebagai Bantal kepada puteri yang kedua dan memperkenalkan diri sebagai Nyamuk kepada puteri yang ketiga……

Jadi pada malam yang pertama,Sultan Shahmura Alam Buana ni telah mencuri masuk ke kamar puteri pertama semasa puteri tengah tidur….Dah nama pun playboy,dia tanpa membuang masa pun mulalah tangan2 nya merayap ke atas badan tuan puteri….Apalagi,menjeritlah si puteri tu…

Puteri Pertama: “Tolong..Tolong…Ayahanda….ada semut hitam merayap atas badan anakanda!” Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang yang terkejut dengar anaknya menjerit tu dengan slumbernya menjawab dalam mood mengantuk,”Alaaa…pasal semut hitam pun nak kecoh la anakanda ni….sembur Ridsect lari lah semut tu”…..

Dalam time kecoh2 tu sempat la Sultan Shahmura Alam Buana ni lari……”Fuhhh….setel sudah untuk puteri pertama”,kata Sultan Shahmura Alam Buana dalam hatinya…

Pada malam yang kedua pulak,sultan yang playboy dan kaki kelentong ni pergi pulak ke kamar puteri kedua…Kali ni tanpa membuan masa lagi dia terus je peluk puteri kedua yang sedang best punyer berdengkur…Bukan ape,Sultan Shahmura ni taknak terlepas peluang macam malam yg sebelum ni..hehehe…Maka terjadi lagilah suasana kecoh macam malam semalam…. Puteri Kedua: “Ayahanda….Ayahanda….bantal ni tindih badan anakanda…tolong….tolong…”

Makin benganglah Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang…dah la semalam anak dia kacau dia tidur..malam ni pun kena lagi…so..dia pun jerit la…” Apa masalahnya…dah memang tu tempat dia…sape suruh kamu tidur guna banyak bantal”….pastu Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang pun tidur semula…..

Sultan Shahmura Alam Buana pun apalagi,terus lari….tapi kali ni dia pegi usha kat bilik puteri ketiga pulak…dah melepas puteri no 1 dan 2,dia pun masuk je kamar puteri ke 3 terus diciumnya pipi puteri tu dengan rakusnya….Langsung terjerit puteri ketiga tu….
Puteri Ketiga: “Ayahanda…..ada nyamuk cium pipi anakanda….”

Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang “Alaaaahhhh…tak habis2 la korang ni….dah memang situ tempat dia kan…..tampar je la…larila nyamuk tu”….dengan bengangnya Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang pun sambung tidur dia……

Jadi pada hari yang ketiga tu Sultan Shahmura Alam Buana tu tak pergi mana2 pun..duduk jer dalam bilik sbab dia taknak puteri-puteri tu nampak dia….Jadi pada malam ke-4 tu,pergilah Sultan Shahmura Alam Buana ni ke jamuan makan malam utama sempena birthday Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang …..

Apabila Sultan Shahmura Alam Buana ni masuk je ke dewan utama,menjerit la puteri pertama tu…

Puteri Pertama : “Ayahanda, ni lah semut hitam yang merayap atas badan anakanda tempoh hari”….belum sempat apa-apa lagi,puteri kedua plak berteriak…”Eh…ni lah bantal yang tindih anakanda malam tempoh hari tu”……dan tanpa membuang masa lagi puteri ketiga plak menyampuk…..”Ayahanda,ni lah nyamuk yang cium pipi anakanda tu”……

Mendengar kata-kata puteri-puterinya tu,maka Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang sangat lah marah dan terus menghukum Sultan Shahmura Alam Buana dengan hukuman pancung sebab dah menganggu puteri baginda……… SEKIAN~~~~ *Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata….Tiada bersifat atau bermaksud apa-apa…Sekadar hiburan dan gurauan sahaja*


By: Mr.ReVMon

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...