Saturday, 3 December 2011

Sekolah Seks Pertama Tawar Praktikal

VIENNA: Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik.

Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna 
 
itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan. 
 
Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak  menyertai ‘kolej seksual amali pertama di dunia’ itu.

“Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba,” katanya.

Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal. – DM

SUMBER : HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...