Friday, 2 December 2011

Selena Gomes Dikecam Kerana Mengecat Kuda Warna Merah Jambu


 
LOS ANGELES: Bintang Disney Selena Gomez dikecam kerana mengecat seekor kuda dengan warna merah jambu untuk penggambaran terbaru video klipnya.
Bintang berusia 18 tahun itu dilihat merakam klip video untuk single terbarunya I Love You Like A Love Song di Malibu baru-baru ini dengan kuda berwarna terang.
 
Namun beliau segera dikecam daripada seorang lagi bintang pop, Pink. Penyanyi lantang Stupid Girls, yang juga seorang penyokong PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) menyelar bintang remaja itu dalam Twitter.

Pink, yang mempunyai empat juta pengikut dalam laman rangkaian sosial itu menulis: “Jika ada mana-mana aktivis di sekitar pantai Malibu di Leo Cabrillo State, ada seekor kuda dicat untuk satu video muzik bodoh. Memalukan.

“Artis sepatutnya lebih sedar dan bertanggungjawab untuk tindakan mereka,” beliau menambah.

Selepas sekumpulan peminat Selena kemudian mempertahankan idola mereka, Pink menghantar mesej lanjut mempertahankan pendapatnya.
 
“Sama ada anda peminat saya atau sesiapa saja, saya tidak akan berhenti bercakap mengenai kekejaman haiwan.

Bagaimanapun, seorang wakil untuk syarikat rakaman menegaskan tiada haiwan dicederakan ketika penggambaran.

“Adalah penting kepada syarikat produksi, label rakaman dan Gomez bahawa tiada haiwan dicederakan dan semua langkah berjaga-jaga diambil,” kata jurucakap Gomez dalam satu kenyataan kepada majalah People.

“Sejenis cat serbuk berasaskan sayuran, tanpa toksik digunakan dengan berus udara dan boleh ditanggalkan dengan air. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...