Monday, 19 December 2011

Video: Tokek Yang Berani Menyelamatkan Kawannya Jadi Menjadi Mangsa Ular


Terkadang babak-babak dalam kehidupan seharian kita sering memberikan pengajaran kepada kita betapa pentingnya erti sebuah persahabatan dan apakah yang mesti dilakukan jika sahabat-sahabat kita berada di dalam kesulitan dan kesusahan.
 
Mungkin inilah yang cuba dibuktikan oleh cicak tokek ini,cicak tokek ini dengan beraninya melawan seekor ular demi untuk menyelamatkan nyawa sahabatnya itu.

Dalam video berdurasi dua minit ini kelihatan seekor cicak tokek berada dalam keadaan tak berdaya ketika dililit oleh seekor ular. Namun mangsa bernasib baik kerana sahabatnya yang melihat kejadian tersebut dengan beraninya datang membantu.Sahabatnya itu telah bertarung dengan sang ular dan akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa cicak tokek yang malang itu.

SAKSIKAN KEHEBATAN CICAK TOKEK INI....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...