Wednesday, 28 December 2011

Video: Penjaga Gol BerKung Fu Di Atas Padang






Mungkin penjaga gol AZ Alkmaar, Esteban Alvarado pun pernah belajar kung fu.  Lihat aksinya apabila seorang peminat bola yang mabuk memasuki padang dan cuba menyerang beliau.  Tapi malang bagi peminat bola tersebut apabila dia pula yang diserang pula selepas itu.






Kejadian ini berlaku ketika perlawanan bola antara Az Alkmaar menentang Ajax Amsterdam bertempat di Amsterdam Arena.







Selepas di jatuhkan Esteban, dia pula kena tendang sebelum dibawa keluar oleh steward di situ.






Aksi kung fu Esteban itu membuatkan beliau dikenakan kad merah.  Surprise ! surprise !





Namun pemain-pemain membantah tindakan pengadil tersebut atas alasan mempertahankan diri dari penyerang tersebut.





Perlawanan tersebut dihentikan apabila boss AZ Alkmaar mengarahkan pemain-pemainnya keluar padang atas protes kad merah tersebut.  Pada ketika itu Ajax Amsterdam mendahului AZ Alkmaar 1- 0.



Terkini, kad merah tersebut telah pun ditarik balik oleh FA Belanda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...