Wednesday, 11 January 2012

Ahli Silap Mata Israel Cipta Rekod Tinggal Di Dalam Blok Ais 66 Jam


Seorang ahli silap mata Israel, Hezi Dean mencipta rekod semalam apabila dia tinggal dalam sebuah blok ais seberat lapan tan selama 66 jam.

Dean yang berumur 29 tahun memecahkan rekod ahli silap mata terkenal Amerika Syarikat (AS), David Blaine yang tinggal selama 63 jam dalam blok ais yang sama di Times Square, New York pada 2000.

Ahli silap mata Israel itu tinggal di dalam blok ais itu di Rabin Square di Tel Aviv.
Dia tinggal hampir tiga hari dengan memakai seluar jean dan baju T dalam bongkah ais lutsinar yang dibina khas untuknya.

Beberapa pembantunya memotong blok ais itu dan Dean yang kelihatan pucat keluar dan dimasukkan ke dalam sebuah ambulans untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Keadaan kesihatannya setakat ini masih belum diketahui. Sebanyak 200 orang melihat aksi silap mata itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...