Tuesday, 31 January 2012

Wanita Hamil Anak Yang Ke-20

Seorang ibu dari Arkansas, Michelle Duggar dengan bangga mengumumkan kepada dunia semalam bahawa beliau kini hamil anaknya yang ke-20.


Duggar, 45, dan suaminya, Jim Bob, 46, yang mempunyai banyak pengalaman menyambut kedatangan bayi baru itu memberitahu televisyen NBC bahawa mereka sendiri terkejut dengan kehamilan terbaru berkenaan.

“Saya tidak terfikir bahawa tuhan akan memberikan kami seorang lagi anak, dan kami amat bersyukur,” kata Duggar, bintang sebuah rancangan realiti melalui TLC, ‘19 kids and counting.’

Keluarga terbabit tinggal di Little Rock dan juga mengendalikan halaman web sendiri, yang turut menjual buku yang ditulis ibu bapa dan DVD selain turut memberikan nasihat kepada ibu bapa.

Pasangan itu kini mempunyai 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan berusia antara 23 bulan dan 23 tahun. Anak mereka yang ke-19 dilahirkan pra matang pada Disember 2009 dan Duggar mengalami komplikasi.

Duggar berkata, walaupun berhadapan dengan risiko tetapi beliau tidak bimbangkan kesihatannya.

“Saya sekarang mempunyai ukuran badan yang menarik berbanding sepanjang tempoh 20 tahun lalu,” katanya.

Ketika meraikan kegembiraan itu, Bob mempunyai pandangan sendiri mengenai keadaan itu : “Kami tidak mahu berhenti dengan nombor ganjil.”

Sambil mengakui tidak menggunakan pil perancang keluarga, Duggar sendiri membayangkan ‘keletihan’ mempunyai anak ramai apabila menekankan tidak memikirkan untuk untuk menambah anak lagi.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...