Friday, 17 February 2012

Bayi Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Di Tandas Kini Kritikal

NEW YORK: Tindakan pantas seorang kakitangan hospital menyelamatkan nyawa bayi yang ditinggalkan ibunya sejurus selepas dia dilahirkan dalam tandas, semalam.

Jurucakap polis berkata, bayi perempuan itu kini dalam keadaan kritikal.Katanya, seorang wanita muda, Dawa Lama, melahirkan bayi terbabit dalam tandas Hospital Elmhurst di Queen, dan meninggalkannya di dalam tong sampah.


“Tidak lama kemudian, seorang kakitangan hospital ternampak kesan darah dalam tandas itu dan selepas disiasat, terkejut mendapati ada bayi di dalam tong sampah,” katanya.Menurut jurucakap itu, Dawa, 23, tiba di hospital itu untuk menjalani pemeriksaan prakelahiran kira-kira jam 2 petang.

Selepas melahirkan bayi itu, Dawa membuangnya dan meninggalkan hospital berkenaan.“Setakat ini bayi terbabit berada dalam keadaan kritikal,” katanya.Jurucakap itu berkata, Dawa ditemui polis tidur di rumahnya kira-kira tiga jam kemudian.Katanya, wanita terbabit dibawa ke Hospital Besar Queens untuk dirawat.

Polis belum memutuskan sama ada mahu mendakwa Dawa atau tidak.Siasatan polis mendapati, Dawa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...