Thursday, 28 February 2013

Kolam Renang Dalam Van

Kolam renang awam di China dikatakan terlalu sesak, kotor, dan kanak-kanak amat dilarang untuk mendekatinya. Disebabkan masalah tersebut, seorang bapa tekad menyediakan sendiri kolam renang istimewa untuk anaknya.

Dia membuang kesemua tempat duduk belakang dalam vannya. Kemudian dia menggunakan nilon dan juga dawai untuk menghasilkan kolam renang. Kolam tersebut diisi dengan air dan akhirnya sedia untuk digunakan.

Kolam ini berkeluasan sekitar 1.7x1.3 meter dengan isian air paras kedalaman kira-kira 20 sentimeter. Kanak-kanak yang ditemuramah mengatakan, "Gembira!Hebat dan selesa!" Dia sendiri mengakui gemar bermain dalam kolam renang tersebut hampir setiap hari. Ayahnya pula mengatakan van tersebut tidak lagi digunakan dan ianya cara terbaik bagi menjamin anaknya sentiasa bersih dan selamat ketika berenang. Mereka sekeluarga tinggal di Wenzhou, Zhejiang, China.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...