Saturday, 2 March 2013

Emas Jadi Makanan


JOHOR BAHRU: Akibat percayakan temberang bomoh kononnya mahu menghalau hantu perempuan yang mengganggunya, seorang lelaki kerugian RM100,000 apabila sejumlah barang kemas diserahkannya untuk dijampi ditukar dengan makanan ringan.

Mangsa yang berumur 50-an sebelum itu diberi syarat supaya membuka beg mengandungi barang kemas itu selepas tempoh 21 hari bagi memastikan jampi berkesan, namun dia membukanya cuma empat hari kemudian berikutan curiga kemungkinan ditipu.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata alam aduannya mangsa mendakwa kejadian bermula apabila dia berjumpa secara tidak sengaja dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya cucu tabib tersohor di sebuah pusat beli- belah di sekitar bandar raya ini pada 31 Mei lalu. 

“Dalam perbualan mereka, wanita berusia 30-an itu mendakwa mangsa kini dalam bahaya akibat diganggu hantu perempuan dan menawarkan diri untuk membantu mangsa kerana jika tidak diubati, nyawa mangsa dalam bahaya.

“Berikutan itu, mangsa bersetuju dan mengikut segala syarat ditetapkan suspek iaitu menyerahkan barang kemas serta wang tunai yang dimasukkan ke dalam sebuah beg galas untuk dijampi,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...