Saturday, 2 March 2013

Gadis Ini Jual Rambut Yang Panjang RM17,000


Natasha, seorang gadis berusia 12 tahun yang tinggal di kawasan setinggan di Rio de Janeiro sanggup membelanjakan RM2,000 setahun untuk membeli syampu bagi merawat rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak lahir. Dia juga terpaksa menghabiskan masa selama sejam setengah setiap hari untuk menyikat rambutnya. 

Natasha Moraes de Andrade perlu menjinjing rambutnya jika ingin bergerak ke mana mana. Menurut sumber,  kipas juga tidak boleh dipasang dihadapannya untuk mengelakkan rambut itu kusut. Berikutan semua kesusahan itu, dia bercadang untuk menjual rambutnya dengan harga RM17,000.

Natasha Moraes de Andrade juga menghabiskan masa satu setengah jam sehari untuk menyikat rambutnya. Ia adalah antara pelbagai kerumitan dilalui Natasha, 12, yang menguruskan rambutnya sepanjang 157.6 sentimeter, atau 2.5 sentimeter lebih pendek berbanding ketinggian fizikalnya. Media semalam melaporkan, Natasha perlu menjinjing rambutnya jika bergerak ke mana-mana, selain kipas angin di rumahnya tidak boleh dipasang bagi mengelakkan ia kusut.

Kini, Natasha berharap rambut itu membawa laba apabila dia bercadang untuk menjualnya pada harga kira-kira RM17,100. Kata Natasha, dia sedih apabila rambut itu akhirnya dipotong walaupun dia mengaku berdepan pelbagai kesukaran menjaganya dan hidup terbatas. Jika berjaya, wang jualan rambut itu akan digunakan Natasha untuk menghias bilik tidurnya.

Sementara itu, ibu Natasha, Catarina, 42, berkata kadang-kadang anaknya itu seperti hidup dalam penjara. Katanya, Natasha selalu membandingkan dirinya dengan watak cerita rakyat zaman silam, Rapunzel. Mengikut rekod dunia Guinness, wanita China, Xie Qiuping, menjadi pemilik rambut terpanjang dengan ukuran 5.6 meter.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...