Saturday, 2 March 2013

George, Kura-Kura Galapagos Ini Mati Pada Usia 100 Tahun


QUITO: Spesies terakhir kura-kura gergasi Galapagos, Lonesome George ditemui mati pada Ahad.
Taman Negara Galapagos bagaimanapun memberitahu punca kematian kura-kura itu masih belum diketahui.
Kura-kura itu dipercayai berusia kira-kira 100 tahun.
George yang ditemui pada 1972 dan hidup bersama kura-kura betina dari jenis Geochelone becki sejak 1993, menarik kira-kira 180,000 pengunjung ke taman negara itu tahun lalu.
"Awal pagi ini, seorang petugas kami menemui George dalam keadaan kaku. Jangka hayat George sudah berakhir," kata Penyelia Taman Negara Galapagos, Edwin Naula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...