Saturday, 9 March 2013

Kumpulan-Kumpulan Rock Dari Singapura Pada Zaman Rock Kapak

Salam sejahtera buat semua jiwa-jiwa Rock. Di entri ini gua senaraikan kumpulan - kumpulan Rock yang berasal dari Singapore atau ditubuhkan di sana. Lagu-lagu mereka boleh dikatakan dikenali di seluruh nusantara.Band2 tersebut adalah...

ACES
Pernah menyertai 'Juara Kumpulan Muzik Tenggara' 1988 dan mula dikenali selepas itu.
Lagu hits Aces - Mengapa, Nenekku dan Secebis Hasrat
Gitaris kumpulan ini, Malik menganggotai Malex. Malex juga merakamkan lagu-lagu Aces dalam album mereka seperti Mengapa dan Siksa.


MALEX



ROCKERS
Yearghh.. Siapa tak kenal kumpulan Rock popular Singpore ini Anggotanya terdiri daripada Johan, Aziz, Hamzah, Irman dan Rashid. Gua pernah rembat kaset dari album Kekejaman dari rumah jiran gua. Tapi jiran gua tau yang gua minat Rock, dia pun bagi ajelah. Yelah, masa tu gua kecik lagi, nak beli kaset belum mampu bro..
Lagu hits Rockers - Harakah, Zaileha Kekejaman dan Kenangan Cinta Pertama




RUSTYBLADE
Kumpulan ni memang top dengan muzik Rock hingga kini. Ramai anggota kumpulan ini yang dikenali ramai seperti Yantzen, Khalid Mubin, Man Karen, Md Noor Hendrix dan Azizan. Lagu hits mereka adalah Tercipta kasihku, Penantian, Tiada Lagi Aku dan Ikrar Perwira.
Gua tujukan lagu Ikrar Perwira ini untuk abang2 askar yang sedang bertugas di perbatasan. (foto: man karen)
 

LOVEHUNTERS
Lagu hits - Rindu Masih Membara 
 

HELTER SKELTER
Kumpulan ini itubuhkan Pada 1985. Lagu hits mereka- Memori Mardiana (foto: muzikrock)
 

LAST MINUTE
Lagu hits - Kau Kusayangi. Vokalis kumpulan ini adalah wanita / minah rockers, Manisah Amat

ODYSSEY
Kumpulan ini pernah menyertai pertandingan Muzik-muzik 1990. Lagu hits mereka - Lukisan Cinta dan Hamparan Sutera Cinta

THE UNWANTED
Hanafie Warren yang pernah popular dengan lagu Terperangkap Dalam Sinaran merupakan vokalis dalam kumpulan ini.
Lagu hits The Unwanted - Masih Ada Rindu (foto: muzikrock)
 
OBLIVION
Lagu hits - Api Sengsara
TEACHER'S PETS
Lagu hits - Warisan Wanita Terakhir. Lagu ni pernah jadi lagu tema bagi sebuah drama Melayu suatu ketika dulu. Suara Maman memang best.


CRADLE
Bermaksud Ciri Rock Alternatif Dalam Laungan Ekspresif.
Adik gua pernah berlagak dengan gua lepas dia beli kaset band ni. Dua minggu lepas tu baru dia bagi gua dengar. 
 

VOICEOUT
Kebanyakan lagu-lagu band ni adalah dalam bahasa Inggeris. Lagu hits - Times
(foto: muzikrock)
 
JUSTICE
Lagu hits - Anggerik Impianku 
 
INSPIRASI
Nama asal adalah Blue Steel. Mereka pernah memenangi tempat kedua dalam 'Clash of The Bands 1990' daripada 124 band yang bertanding. Lagu hits Inspirasi - Bidadari di Hujung Pelangi dan Terkuburlah Sebuah Impian.
(foto: muzikrock)

SELSIUS
Nama asal bagi kumpulan ini ialah Victim. Lagu hits - Sejarah Sebuah Cinta 
 
TWILIGHT ZONE @ T.Z
Daripada sumber yang gua temui, mereka dipercayai menggunakan nama singkatan T.Z kerana ahli kumpulan mereka terdiri daripada ahli motor TZR
Lagu hits - Pemuzik Jalanan dan Cinta palsu.
(foto: muzikrock)
 
SWEET CHARITY
Ni kalau sapa2 tak kenal ni tak tau la gua nak cakap apa. Senang cerita la, lu sekalian selalu tak dengar nama Ramli Sarip ? Ha... dia la vokalis Sweet Charity. Ramai anggota Sweet Charity yang dikenali ramai seperti Rosli Mohalim, Rahman Sarbani dan M.Jaffar.
Mereka antara barisan awal yang mempopularkan muzik Rock Melayu.
Mak gua pernah dodoikan lagu-lagu Sweet Charity masa gua dua tahun dalam buai dulu.
Sweet Charity juga pernah membintangi sebuah filem pecah panggung suatu ketika dulu iaitu Kembara Seniman Jalanan. Filem ini akan gua ceritakan dengan detail dalam entri akan datang.
Lagu hits Sweet Charity - Teratai, Kamelia, Batu dan Sejuta Wajah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...