Saturday, 2 March 2013

Lelaki Yang Boleh Membuat Wajah Pelik




Seorang lelaki yang dikenali sebagai Tang Shuquan menawarkan ganjaran 10,000 pound (RM 49,000) kepada sesiapa yang boleh membuat memek wajah pelik seperti dilakukan olehnya. Lelaki ini sebenarnya mempunyai wajah yang normal seperti orang lain, akan tetapi kelebihannya itu membuatkan dirinya cuba ingin mencabar orang lain membuat aksi yang sama.

Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka terhodoh berumur 43 tahun itu kini mencabar pesaingnya yang mempunyai kelebihan serupa. Shuquan menyatakan dia mengambil masa tujuh tahun untuk berlatih sebelum merealisasikan bakat unik tersebut di peringkat antarabangsa kira-kira 10 tahun lalu.

Mac lalu, dia mengambil bahagian dalam rancangan televisyen, Rekod Dunia Guinness di Itali dan dianugerahkan AS 10,000 (RM 32,000) serta pingat atas bakat luar biasanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...