Saturday, 9 March 2013

Pemain Bass Terbaik Malaysia Era Rock Kapak Hingga Kini

Siapa pemain bass terbaik di era rock hingga kini? Berpuluh-puluh otai rock telah gua ajukan pertanyaan ni. Masing-masing kata semuanya baik. Setelah mengumpulkan undian dan pandangan dari mereka, akhirnya dapat juga gua senaraikan pemain-pemain bass terbaik kita. Layan..

Othman Rani bin Mohd Tajry / Man Rani
Bassist tersohor kumpulan Sofea / SYJ
Amran Marsiman / Yan Lefthanded


Agak dikenali dengan panggilan Yantoi. Berasal dari Johor dan merupakan pemain bass kumpulan Lefthanded. Pernah juga menganggotai Search dan menyanyikan beberapa buah lagu dalam album Cinta Buatan Malaysia.
 
Azuar Md Tasi  / Zuar XPDC 


Berasal dari Perak, merupakan bassist yang begitu brutal di pentas. Mula bermain muzik ketika berumur 12 tahun. Selain XPDC, beliau pernah menyertai kumpulan Cope'ro & Viper
 
Man Karen


Nama sebenar Sulaiman. Perkataan ‘Karen’ diilhamkan oleh brader Joe Rockers berikutan rambut beliau yang seakan dikaren. Merupakan pemain bass kumpulan Rustyblade dan Rockers. Semestinya bassist terbaik di era rock hingga kini.
Nasir Daud 
Pemain bass kumpulan Search. Berasal dari Mersing, Johor. Pemain bass dunia yang menjadi idola beliau adalah Geddy Lee.
 
Azmi Ibrahim / Mie FTG 


Pemain bass bagi kumpulan muzik trash yang pertama di Malaysia yang merakamkan lagu dalam Bahasa Inggeris iaitu FTG.
Samsaidi Ulong Idris / Eddie Wings
Sapa tak kenal Eddie Wings kan. Orang Perak ni.
Mohd Nor Razak Bin Yas / Ajax Melissa


Berasal dari Kuala Lumpur. Pemain bass kumpulan Melissa ini juga merupakan seorang komposer, produser, penulis lirik dan juga pelakon filem.
 
Mohd Mohtar bin Mohd Madin/ Yus May
Bassist kumpulan May
Mohamad Raub Abu / Aub Amuk 

Selain Amuk, beliau pernah menyertai kumpulan Burnmark, BABA & Barongan
 
Shamsudin Ali / Sam Cromok
Berasal dari Johor dan merupakan bassist Cromok. Beliau menjadikan pemain-pemain bass terkenal dunia sebagai idola beliau seperti Tom Araya Slayer, Steve Harris Iron Maiden, Cliff Burton Metallica dan Mark King Level 42.
 


Zahardi Zulbairi

Pemain bass bagi kumpulan Def Gab C. Juga dikenali sebagai Din Taring Amuk.



Boleh dikatakan semua bassist kita terbaik dan boleh bermain dengan cekap.  Sayangnya ada yang kaku apabila beraksi di pentas lebih-lebih lagi berdepan dengan live crowd. Apapun, itu semua boleh diatasi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...