Monday, 4 March 2013

Suami Isteri Bergurau, Anak Jadi Mangsa

Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama 5 minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat. Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain. Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26, 000 pengguna internet setakat ini. Sehingga kini, berita tentang keadaan kanak-kanak itu masih tidak diketahui.

Harap budak tu selamat. Macam-macam cara orang nak bergurau sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...