Monday, 29 April 2013

Kanak-kanak 10 Tahun Melahirkan Anak Di Mexico

Baru berumur 10 tahun tetapi sudah melahirkan anak? Ya, memang itulah yang terjadi di Mexico apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki selepas mengandung selama 31 minggu iaitu kira-kira 7 bulan. Bayi tersebut dikategorikan sebagai bayi pra-matang kerana lahir tidak mencukupi 9 bulan seperti bayi biasa yang lain.

Bayi yang dilahirkan oleh kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mempunyai berat sebanyak 3.3 pounds dan dilahirkan secara pembedahan Caesarian. Bayi tersebut kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ibu muda tersebut yang dirahsiakan identitinya telah kembali ke kampung halaman selepas melahirkan bayi. Setiap hari, dia akan datang ke hospital untuk menyusukan anaknya. Pejabat Peguam Negara negeri Puebla kini sedang menyiasat sama ada gadis itu telah dirogol dan siapa bapa bayi tersebut.

Telah tertulis dalam undang-undang negara Mexico di mana ibu-ibu muda tidak boleh melakukan pengguguran kecuali perempuan tersebut boleh membuktikan dia adalah mangsa serangan seksual. Umur minimum untuk menyatakan persetujuan pengguguran ialah 12 tahun.

Jika mereka tidak dapat membuktikan yang mereka telah didera secara seksual, mereka akan menghadapi hukuman denda atau penjara. Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut sedang dikaji semula

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...